Selasa, 23 November 2010

Dr.Vet ni Sosial kerrr???

Sebelum aku cerita pasal Dr.vet ni sosial ker tak, sebenarnya daripada aku kecil memang cita-cita aku nak jadi Dr.vet ditambah lagi dengan ayah aku yang memang minat giler kat kucing. Lepas aku habis jer SPM, result aku tak adalah gempak mane, bagi aku agak mengecewakan lah. Lagi-lagi parents aku disappointed dengan result aku sebab diaorang expect aku boleh dapat yang lagi ok daripada akak aku. However, alhamdulillah aku dapat jugak masuk matrik..Kolej Matrikulasi Johor (best memories in my life). Mase kat matrik ni lah aku pulun sebab aku tak nak repeat the same mistake yang aku buat mase SPM dulu.



Bila nak mintak U, aku yoyok oorr la cakap dengan mak aku yang aku tak nak minta medik sebab aku tak sanggup jadi macam akak aku asyik tension study then bila dah keje pun “giler keje”. Jadi tu mak aku just minta kan vet dengan denstistry. Bila habis jer matrik, aku dapatlah apa yang aku cita-cita kan sejak daripada kecil. Aku selalu fikir sekarang ni ramai orang care bout manusia and tak ramai yang care bout animals. So that’s why lah aku minta vet sebab aku nak care pasal animals. Cukup lah akak aku sorang ambil medic and aku ambil vet, biar variety sikit.
Then bila member-member aku tanya kos aku, aku cakap lah vet. Confirm diaorang cakap perghhh sosial siot. Then aku fikir-fikir balik agak sosial lah kalau nak dibandingkan dengan kos dentistry and medic.
1.    Budak vet pergi kelas pakai jeans and t-shirt, budak dentistry/medic pakai formal
2.    Mostly vet involve outdoor activities (bawah matahari), dentist/medic indoor (bawah air-cond)
3.    Vet always mention bout “babi”, dentist/medic tak boleh sebut (mencarut)
4.    Vet cakap dengan animals (giler), dentist/medic cakap dengan human (normal)
5.    Vet huha, dentist/medic agak skema
6.    Vet tak payah pakai name tag pun tak apa, dentist/medic wajib pakai wooooo
7.    Vet kena pegang binatang yang kena samak, dentist/medic tak payah samak
Kitaorang budak vet selalu kena tanya pasal pegang anjing dan babi. Diorang pertikaikan yang binatang tu haram. For your information, tak ada dalil yang cakap binatang tu haram ok. It just najis and you have to cuci (samak), thats all. One more thing Islam tak pernah haram kan kita untuk menuntut ilmu pasal those animals. Islam pun ada cendiakawan yang get involved dalam dunia vet ni. Aku harap publics ubah lah diorang punya perception bout vet. Tak ramai orang tau pasal vet ni. Selalunyer yang diaorang tau “Dr.Haiwan”, bila sebut pasal vet yang mostly tau adalah orang bandar and educated people. Hopefully, aku able to survive along this 5 years and graduate in 2014…insyaAllah~~~hehe

Hati Kering

Ramai orang kata aku hati kering tapi aku tak tau la nak komen macam mane bab-bab ni. Aku bukan tak pernah fall in love..pernah. Banyak kali sampai tak ingat. Dulu ada la sorang member aku ni dia laki la pernah cakap kat aku “ko memang tak nak couple sebab ko nak layan banyak laki kan”. Perghhhh ayat dia2 memang tajam siot. Time tu la aku rase mcm nak bagi penumbuk jer kat dia. Tapi nasib baik ler dia cakap kat fon.
Hah sekarang ni biar aku komen ape yang member aku cakap tu. Aku bukan tak nak couple.. kalau ikut hati memang nak kengkadang. Tapi bile aku fikir-fikir balik macam setan jerk semua tu. Bile aku couple banyak pelaburan. Kena topup paling-paling RM 10 seminggu, spend duit nak keluar makan, jalan-jalan, and macam-macam lagi ler in order to maintain that relationship. Aku bukan jenis suka pakai buang. Aku lebih suka berkawan ramai and bila aku rase betul-betul suka kat seseorang tu and dia pun feel the same thing kat aku, barulah serius. And one more thing aku ni angin sikit takut jer mamat tu kang malang jer nasib dia.
Aku selalu tengok member aku nangis bila gaduh dengan pakwe dorg. Kengkadang tu naik pelik pulak pe jadah ler nak nangis sebab laki sekor. Laki kn banyak jer kat dunia ni. Aku pernah cakap kat diri aku yang aku tak akan nangis pasal laki yang tak ade kene mengena dalam hidup aku tapi aku risau pulak ape yang aku dok kutuk kawan aku tu jadi kat aku pulak. Hati aku ni memang kering susah nak fall in love seroiusly. Kalau main-main memang boleh la. Tapi kalau member aku da dok mnghanjing kat aku pasal sorg mamat yg entah mane-mane aku memang akan  blushing. Bukan maksud aku suke tapi senang kate mmg tak suke la.
Abang, akak and adik aku memang dah couple, aku sorang jer yg single mingle. So aku target memang aku la yang paling lambat kawin. Btw menatang ni bukan such a big deal. Aku banyak impian doe dalam hidup aku. Aku tak nak impian aku tu terkubur sebab kawin awal sangat. Lagipun aku ni cerewet dalam pilih laki. Bukan nak yang perfect tapi nak cari yang ade chemistry. So our relationship will be longlasting…hahaha
*p/s : Aku harap sangat abang, akak and adik aku bahagia dengan couple diaorang masing-masing. Yang dapat aku tengok abang aku kutuk balak akak dengan adek aku and it goes the same thing to him. Aku tak nak lah gaduh adik beradik sebab mende-mende cam gini. Jadi tu aku isyhtiharkan kat diri aku baek tak payah couple…hahhaa~~~~



Exam Oh Exam

Sekarang ni aku tahu semua orang memang tengah busy maklum lah musim exam. Aku baru jer habis exam jumaat lepas. Kalau tak habis lagi memang aku tempah maut lah sempat lagi menulis saat genting nak exam. However, mase tengah study untuk exam aku memang sempat jer tulis something untuk blog aku. Biasalah time exam lah baru rase nk tulis blog ler nak pergi sane lah sini lah.

Aku tak berapa sure lah, yang aku tahu member aku termasuk lah aku memang ada syndrome bila time exam. Syndrome yang obvious giler adelah kitorang akan jadi lebih gemok sebab makan non-stop. Exam aku aritu memang menyedihkan lah. Aku tak tau ape yang aku jawab. Aku cume harap aku lepas jer sem ni.
Kalau nak cakap bab-bab exam and study ni aku bukan lah scorer kat kelas, selalunyer cukup-cukup makan jer. Tapi jangan kate pulak aku tak pernah fail, selalu jerk. Dulu-dulu mase sem 1 aku banyak giler fail papers. Dua tiga kali fail aku memang nangis. Tapi bila dah lama aku dah lali dengan fail. Aku hanye mampu tersenyum ataupun senyap jerk..hahha (ape daa).
Pejam celik pejam celik kejap jer dah habis sem 3. Abang aku pula lepas ni final sem. Harap-harap dia lepas lah. Then keje, time ni la aku rase nak paw duit abang aku. Tapi aku rase memang tak dapat kot. Abang aku tu bukan reti simpan duit pon. Kakak aku pula dah masuk sem 6 dia. Hopefully dia boleh keep going until sem 10 tanpa repeat. Susah tau ingat senang ker ambil medic ni (and nasihat pada diri sendiri jugak). Adik aku tengah struggle kat matrik johor2 lubuk kitorang adik beradik. Aku pun harap adik aku tu tak main-main, study elok-elok matrik setahun jer.
Last but not least, aku nak wish ganbatte untuk sape-sape yang ambil SPM and STPM for this year and member-member aku gak yang belum habis final exam lagi.

Khamis, 11 November 2010

Heart is Complicated

aritu aku bukan main kecik ati betul dengan kawan a.k.a housemate aku
bukan ape lah disebabkan sorang budak laki yg xkenal mane pun dia boleh marah aku..wtf
member aku ni minat giler ler kat sorang mamat medik ni
dah lame member aku2 dok usha start daripada sem 1
tup2 ble masuk sem 3 time ari raye aritu si mamat ni pulak p add aku kat fesbuk
mungkin dia nampak cahaya keimanan kat muke aku kot..
tu yang tertarik..wakakaka
mule2 si mamat ni mmg la xkenal aku..nak dibuatkn cerita

aritu aku p la sembahyang terawikh lepas2 member aku ajak moreh pulak
bile jumpe senior kiteorang pun stay jap dok sembang2
ttbe mamat ni pulak  masuk kat surau bhagian gurls
disebabkan aku menghadap belah laki, dia pun ckp la dgn aku
"bubur banyak tw dalam ni"
dia ulang 2x sbb aku macam xde respond
malam2 aku mmg rase cam ustazah ler...
bape saat jer dia cakap dgn aku, aku terus tunduk
maklum la jgn pandang time2 bulan ramadhan ni
start dpd situ la aku mule perasan mamat ni
ktorang pon dok maen la komen2 dlm fesbuk cam kwn2 jer
kwn aku pon jeles bagai..aku pun no idea bout that...wth
3 hari oiii dia xcakap dgn aku
time2la aku mnyumpah2 sbb mende kecik pon boleh bwk gaduh
aku mmg xboleh belah langsung mende yg buat gaduh2 "laki"

tp lame2 ktorang dah baek semula
n bile cite dok gelak pasal mende ni la
mcm mne pon bile aku chat atau maen komen2 dgn mamat ni
aku xkan bgtau dia la sbb nt dia marah lg
(aku komen2 dgn dia pun mcm kawan biasa pakai 'aku' 'kau' tau)
weyhh..tapi tolong la i cant fall in luv seriously..
aku x kan ambil orang punye doe
tp mamat2 bukannyer dia punya...hahha :p

*p/s tak payah korang nak gaduh pasal orang lain (bende kecik kot)
kawan lg penting doe time2 cam gini...
don't take too serious when come bout "boys/girls"
keep rockin in ur life..think bout family and studies